Pada 10 Oktober 2015 yang lalu telah berlangsungnya HARI SUKAN NEGARA 2015 bagi seluruh Malaysia. Kampung Bukit Raya Dalam juga turut melaksanakan sambutan Hari Sukan Negara ini yang dianjurkan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Kampung Bukit Raya Dalam. Pelbagai aktiviti sukan telah dilaksanakan pada hari itu antaranya pertandingan sepak takraw, badmintan, tarik tali, bowling padang dan pelbagai lagi sukaneka. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Bukit Raya, Encik Jamani Bin Jamaluddin. Peserta program ini dihadiri dari pelbagai golongan termasuklah kanak-kanak, remaja, belia dan warga emas.