Dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang kini berusia 27 tahun. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar, Selangor Kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage

Beliau menubuhkan D' Herbs Healthy Marketing  pada September 2010 dimana ketika itu hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini D'Herbs mampu mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.

Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana ia telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan dikembangkan perniagaan mereka dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa . Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.

D'Herbs juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.



Pautan Sumber: mysumber.com dan htagonline.blogspot.my