http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/47-sejarah-mukim-bukit-raya#sigFreeId2719904812
Bukit Raya berasal dari nama sebuah bukit di Kg. Bukit Raya. Menurut Kajian dan cerita dari mulut orang tua-tua dahulu iaitu Tuan Haji Salleh Bin Haji Puteh, nama Kampung Bukit Raya berasal dari nama Kg. Bukit Raja, nenek beliau pernah berkhidmat dengan keluarga Diraja yang tinggal disini.
Semenjak Tahun 1840 lagi kekanda kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja memerintah Negeri Kedah) yang bernama Tengku Rahimah telah membina sebuah istana diatas Bukit Raja.—Bekas tapak Istana ini sekarang telah dijadikan Kompleks Bernas. Pengaruh dari penjajahan Siam keatas Negeri Kedah dahulu telah mempengaruhi dialek atau loghat dan pertuturan penduduk(Pelat Siam) setempat, terutamanya bagi Kg. Alor Mengkuang, Kg. Alor Ali, Kg.Tok Pauh dan Kg. Senggora.
Bagi sesetengah orang tua-tua masih boleh bertutur bahasa Siam tempatan, demikian jugalah pengaruh perkataan Raja menjadi Raya atau Bukit Raya. Terdapat juga hubungan kekeluargaan dengan penduduk di Selatan Thailand seperti Wilayah Patani,Yala, Senggora dan Satun sehingga hari ini.