Penduduk Pendang yang menggemari minuman kopi ala kafe kini tidak perlu bersusah payah ke bandar Alor Setar atau Sungai Petani kerana terdapat sebuah booth gerai yang menyediakan perkhidmatan minuman kopi seperti ini. Own Coffee Sukamari terletak di tengah-tengah Pekan Pendang lokasi berhadapan Restoren Pizza Hut.

Terdapat pelbagai perasa tambahan seperti Coppucino, Latte, Mocha dan lain-lain. Diusahakan oleh Encik Khairul, gerai ini beroperasi setiap hari bermula jam 1 hingga 6 petang. Own Coffee Sukamari juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke pejabat atau tempahan untuk majlis hari jadi atau perkahwinan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pemilik gerai di talian 019-5508383.