Restoren Manbai Ikan Bakar menyediakan pelbagai menu masakan kampung dan lauk-pauk bakar yang enak dengan harga yang berpatutan. Terletak di Taman Gemilang 2,Kampong Pendang, Kedah (laluan antara tol Pendang dengan Pekan Pendang) Manbai Ikan Bakar pernah menjadi restoren pilihan bagi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 kerana kelainannya yang sentiasa menjadi bualan para penggemar masakan utara. Antara menu yang disediakan antaranya ikan bakar, daging bakar, ayam bakar serta pelbagai lagi. Selain itu, turut dihidangkan pelbagai masakan kampung utara seperti gulai batang pisang, asam pedas utara, masak lemak serta ulam-ulaman dan sambal belacan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak pengurusan restoren di talian 019-465 2424.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/99-restoren-manbai-ikan-bakar#sigFreeId1ddee98ee4
Sumber : https://www.facebook.com/Manbai-Ikan-Bakar