Tarikh : 26 Mei 2022 Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang Tempat :PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Staff Nurse |
Tujuan
kelas ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan Staff Nurse klinik desa.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar berkenaan cara untuk kemaskini HRMIS berkaitan aktiviti tugasan di klinik desa.
Tarikh : 14 Mei 2022 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Canva.com kepada pelajar untuk membuat kad ucapan raya.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat kad ucapan raya dengan menggunakan canva.com mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh : 22 April 2022 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan mencari maklumat mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka.
Tarikh : 10 Mei 2022 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar |
Tujuan
Seorang pelajar meminta petugas untuk membantu beliau membuat tugasan video yang diberikan oleh pensyarahnya..
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat video yang dikehendaki oleh pensyarahnya.Setiap bahagian video yang direkod diajarkan cara untuk diedit supaya nampak lebih menarik dan menepati klasifikasi yang diminta.
Tarikh : 16 April 2022 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Lepasan SPM |
Tujuan
Petugas memberi pendedahan tentang pendaftran peperiksaan SPM Ulangan tahun 2022 secara online.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat pendaftaran tersebut mengikut klasifikasi yang dikehendaki bagi membolehkan pendaftaran dibuat berjaya dihantar dan dicetak untuk kegunaan sekolah