Tajuk Program : Program Klik Dengan Bijak dan Dashboard Pusat Internet Kluster Pendang Bersama Warga Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim.

Objektif Program : Mempromosi Pusat Internet kepada komuniti setempat, memperkenalkan aplikasi Dashboard komuniti dan kempen Klik Dengan Bijak.

Tarikh : 2 Mac2016 (Rabu).

Masa : 9.00 pagi - 12.30 t.hari.

Tempat : Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim, Pendang.

Peserta : Pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim.

Aktiviti : Pertandingan kuiz KDB, puzzle KDB,  menyusun ayat objektif KDB, teka silang kata KDB, mencipta logo Pusat Internet, taklimat Klik Dengan Bijak, pengenalan Dashboard dan lain-lain lagi.

Tajuk Program       : Program Klik Dengan Bijak dan Dashboard Pusat Internet 

                                   Kluster Pendang sempena Hari Sukan 2016 Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim.

Objektif Program  : Mempromosi Pusat Internet kepada komuniti setempat,

                                   memperkenalkan aplikasi Dashboard komuniti dan kempen Klik Dengan Bijak.

Tarikh                     : 25 Februari 2016 (Khamis).

Masa                       : 9.00 pagi - 12.30 t.hari.

Tempat                    : Padang Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim.

Peserta                    : Waris dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim.

Aktiviti                    : Pertandingan kuiz KDB, puzzle KDB,  menyusun ayat objektif KDB, teka silang

                                   kata KDB, mencipta logo Pusat Internet , taklimat Klik Dengan Bijak,

                                   pengenalan Dashboard dan lain-lain lagi.

Program kesedaran awam keselamatan internet yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bermatlamatkan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna. Mesej program Klik Dengan Bijak adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pusat Internet merupakan salah satu agen penyampaian maklumat tentang keselamatan internet kepada komuniti melalui Program Klik Dengan Bijak dengan mengadakan kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan program komuniti. Diharap program ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jenayah siber di negara ini.

Pada 24 Januari 2016 yang lalu telah berlangsungnya Hari Keluarga bersama petugas-petugas Pusat Internet 1 Malaysia bagi Zon Pendang. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim bersama ahli keluarga petugas. Selain itu, turut diadakan mesyuarat bagi merancang aktiviti tahunan PI1M sepanjang tahun 2016.

 

 

 

Pada 24 dan 25 Oktober 2015 yang lalu telah berlangsungnya PROGRAM JELAJAH JEJAK DIGITAL KEDAH 2015 bagi peringkat di Pekan Sik, Kedah. Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM), MSD Digital Intelligence SDN BHD, dan Pusat Internet seluruh negeri Kedah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi baru Dashboard kepada orang ramai disamping memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penggunaan internet secara berfaedah. Pelbagai gerai usahawan dan booth dibuka pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut termasuklah pertandingan mewarna, muslimah anggun, dekorasi kek dan banyak lagi. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Belantik iaitu Encik Tajuddin Bin Abdullah.