Tarikh : 1 Oktober 2020 Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Semai Bakti Sungai Tiang Peserta : Komuniti |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan Jabatan Yang terlibat serta komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat berkenaan online grooming iaitu menggunakan internet secara berkhemah dan selamat.
Tarikh : 21 September 2020 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta :Pelajar Lepasan Sekolah
|
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara membuat resume untuk pelajar lepasan sekolah supaya dapat digunakan dalam mencari pekerjaan di masa akan datang.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat resume mengikut klasifikasi sesebuah agensi pekerjaan dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani sesi temuduga
Tarikh : 3 September 2020 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Peyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan video kraftangan kemerdekaan di rasmikan oleh Penghulu mukim bukit raya.Petugas Pusat Internet mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang.Dengan adanya pertandingan ini dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Membuat Video Kraftangan berkaitan Kemerdekaan dan video tersebut dipaparkan di FB Pusat Internet Bukit Raya Dalam Pemenang berdasarkan like terbanyak di FB.
Tarikh : 9 September 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah cara untuk membuat akaun emel.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara membuka emel mengikut kehendak yang disediakan. Selain itu, pelajar juga dapat menambah baik cara menggunakan emel dan penggunaan internet supaya dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin.
Tarikh : 24 Ogos 2020 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Wanita |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat kertas kerja perniagaan. Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat kertas kerja mengikut klasifikasi yang dikehendaki bagi memastikan kertas kerja perniagaan tersebut kemas dan menarik perhatian sesebuah organisasi.