Tarikh  : 2 Jun 2019

Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Tayangan Video ini ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang cara penggunaan internet secara bijak supaya tiada ada peyalahgunaan internet dimasa akan datang dan dapat membantu pelajar supaya berhati-hati dalam melayari internet supaya tidak terjebak dengan laman sosial yang tidak berfaedah.

Aktiviti

Petugas memberi peluang kepada pelajar untuk menonton video yang memberi faedah kepada mereka dan pelajar juga diajar cara membuka laman you tube bagi membolehkan mereka menonton video yang mereka gemari.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 25 Mei 2019

Masa : 5.00 Petang - 10.00 Malam

Tempat : Rumh Anak Yatim Dan Miskin Al- Munirah

Peserta : 60 Orang

 

Tujuan

Program Semarak Kasih Ramadhan ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan, petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa bersama mereka.

Aktiviti

Program ini telah dirasmikan oleh Pn Sharliza Bt Saary wakil MCMC Kedah dan turut di meriahkan oleh pihak MSD Region Wilayah Utara. Acara yang turut diadakan ialah sumbangan duit raya dan keperluan asas berupa barang makanan dan keperluan harian. Selain daripada itu, para petugas menyertai bacaan tahlih dan bersama-sama menunaikan solat terawih. 

Gambar Disini

 

Tarikh  : 14 Mei 2019

Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan dashboard komuniti   .Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat  aduan di dalam dashboard komuniti dan cara untuk membuat myplace untuk memberi pendedahan tentang tempat menarik yang terdapat dikawasan pendang 

Gambar Disini

 

Tarikh  : 23 Mei 2019

Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : 4 Orang Komuniti

 

Tujuan

Tujuan kelas Asas Adobe Photoshop ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai Adobe Photoshop.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar  asas dan juga menerangkan  fungsi - fungsi yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.Selain itu, petugas juga menerangkan kepada komuniti cara mencantikkan gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Gambar Disini

 

 

Tarikh  : 4 Mei 2019

Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Seorang Pelajar Lepasan Sekolah

 

Tujuan

Tujuan kelas  ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah cara untuk mendaftar diri untuk sambung belajar dengan   mengisi UPU online.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada lepasan pelajar cara membuka laman web UPU online mengikut kehendak yang disediakan dan memilih jurusan mengikut tempat belajar yang telah dipilih oleh lepsan pelajar tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara untuk menggunakan komputer dengan sebaik yang mungkin.

Gambar Disini