Tarikh  : 28 September 2019

Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Komuniti

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet  dengan komuniti serta mempromosikan Myhealth untuk komuniti supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet.

Aktiviti

Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan mengambil  setiap keputusan pemeriksaan keatas komuniti untuk direkodkan supaya memudahkan komuniti untuk mengetahui keputusan pemeriksaan tersebut dan dapat menjaga tahap kesihatan mereka dengan lebih baik dan membuat aktiviti seperti zumba kanak-kanak,kolaj,teka silang kata ICT, Kahoot,Mewarna Online dan taklimat kesihatan dari Pihak Pejabat Kesihatan Pendang.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 21 September 2019

Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat :Pendang Convention Center                        (PCC)

Peserta :Komuniti

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturrahim di antara petugas PI, agensi kerajaan dan swasta serta komuniti setempat.

Aktiviti

Program kacau bubur asyura ini dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pendang, Pejabat Daerah & Tanah Pendang, Komuniti Harapan Malaysia,Puspanita Pendang dan Persatuan Penduduk Kampung Sukamari ( Kesuma). Program ini dianjurkan adalah untuk sepakat Komuniti Harapan Malaysia dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama petugas PI, agensi dan komuniti  setempat sempena Sambutan Maal Hijrah 1441. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah kacau bubur asyura sebanyak 80 kawah, pertandingan bubur asyura terbaik dan pertandingan hiasan meja terbaik.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 11 September 2019

Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Tujuan kelas Microsoft Excell ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Excell bagi menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Excell dan menerangkan tentang perisian yang boleh digunakan dalam Microsoft Excell .Selain itu, pelajar juga diajar membuat tugasan mengikut  format akaun yang diberikan oleh guru mereka.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 17 September 2019

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat :SK Sungai Tiang

Peserta :Pelajar

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dan memberi semangat dalam menyambut hari kemerdekaan yang ke 62 tahun supaya pelajar dapat menghayati hari kemerdekaan dengan slogan sayangi malaysiaku,malaysia bersih.

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti membuat kolaj,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.Selain itu juga Petugas juga membuat pemeriksaan kesihatan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh  : 4 September 2019

Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan Tumbuh-tumbuhan.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan mencari Tumbuh-tumbuhan mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani tugasan pembentangan.

Gambar Disini