Tarikh  : 2 November 2018

 

Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : Masjid Hamidi Manjalara, Kg                            Kepala Bukit, Mukim Tobiar

Peserta : Komuniti

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet  dengan komuniti serta mempromosikan Pusat Internet yang berada dia daerah Pendang 

Aktiviti

Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan mengambil  setiap keputusan pemeriksaan keatas komuniti untuk direkodkan supaya memudahkan komuniti untuk mengetahui keputusan pemeriksaan tersebut dan dapat menjaga tahap kesihatan mereka dengan lebih baik dan membuat aktiviti seperti  teka silang kata ICT, teka silang kata klik dengan bijak dan maze puzzle.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 31 Oktober 2018

Masa : 3.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan maklumat diri .Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat maklumat diri mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani tugasan pembentangan.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 13 Oktober 2018

Masa : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : Mini Stadium Pendang

Peserta : Komuniti

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet  dengan komuniti dan dapat mempromosikan Pusat Internet  kepada komuniti selain itu juga dan dapat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan online grooming dan Dashboard.

Gambar Disini

 

 

Tarikh  : 23 Oktober 2018

Masa : 9.30 Pagi - 10.30 Pagi

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara untuk menggunakan papan kunci dengan lebih pantas dan menggunakan dengan cara yang betul

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti cabaran menaip dengan menggunakan masa dan memberi tunjuk ajar cara mengenalpasti huruf yang terdapat dipapan kunci dengan mengikut langkah-langkah yang betul

Gambar Disini

 

Tarikh  : 12 Oktober 2018

Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Seorang Usahawan

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara untuk memasarkan produk usahawan kepada pengguna .Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan usahawan setempat.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat pemasaran online di dalam Dashboard Komuniti.Selain itu Petugas juga memberi teknik cara untuk menghasilkan gambar produk kualiti dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Gambar Disini