Tarikh : 5 Mac 2019 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu surat rasmi.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan berkaitan surat rasmi mengikut klasifikasi yang dikehendaki.
Tarikh : 28 Febuari 2019 Masa : 2.00 Petang - 5.30 Petang Tempat : Pusat Internet Paya Mengkuang Peserta : Pengurus Dan Pen Pengurus Pusat Internet Kluster Pendang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan untuk memberi maklumat berkaitan media sosial untuk diberi pendedahan kepada komuniti bagi program yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Aktiviti
Diberi aktiviti berdasarkan maklumat yang diberi bagi memastikan cara maklumat yang dicari adakah selamat digunakan dan kesahihan maklumat tersebut.Selain itu petugas diajar cara melindungi privasi maklumat diri sendiri supaya tidak digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tarikh : 18 Febuari 2019 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Peserta : Dua Orang Lepasan Sekolah
|
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara membuat resume untuk pelajar lepasan sekolah supaya dapat digunakan dalam mencari pekerjaan di masa akan datang.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat resume mengikut klasifikasi sesebuah agensi pekerjaan dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani sesi temuduga
Tarikh : 23 Febuari 2019 Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Pusat Internet Sungai Korok Peserta : Komuniti |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan komuniti serta mempromosikan Myhealth untuk komuniti supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet.
Aktiviti
Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan mengambil setiap keputusan pemeriksaan keatas komuniti untuk direkodkan supaya memudahkan komuniti untuk mengetahui keputusan pemeriksaan tersebut dan dapat menjaga tahap kesihatan mereka dengan lebih baik dan membuat aktiviti seperti teka silang kata ICT, Kahoot,Mewarna Online dan taklimat kesihatan dari Pihak Pejabat Kesihatan Pendang.
Tarikh : 9 Febuari 2019 Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang Tempat :Padang Kelab Sukan Felda Sungai Tiang Peserta : Komuniti |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas PI dengan komuniti dan dapat mempromosikan PI kepada komuniti
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan online grooming.Selain itu juga petugas juga membuat pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.