Tarikh : 12 Jun 2019 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu surat rasmi.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan berkaitan surat rasmi mengikut klasifikasi yang dikehendaki
Tarikh : 2 Jun 2019 Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tayangan Video ini ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang cara penggunaan internet secara bijak supaya tiada ada peyalahgunaan internet dimasa akan datang dan dapat membantu pelajar supaya berhati-hati dalam melayari internet supaya tidak terjebak dengan laman sosial yang tidak berfaedah.
Aktiviti
Petugas memberi peluang kepada pelajar untuk menonton video yang memberi faedah kepada mereka dan pelajar juga diajar cara membuka laman you tube bagi membolehkan mereka menonton video yang mereka gemari.
Tarikh : 23 Mei 2019 Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : 4 Orang Komuniti |
Tujuan
Tujuan kelas Asas Adobe Photoshop ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai Adobe Photoshop.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar asas dan juga menerangkan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.Selain itu, petugas juga menerangkan kepada komuniti cara mencantikkan gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop.
Laporan Aktiviti Bulan Mei (Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Anak Yatin Dan Miskin Al-Munirah)
Tarikh : 25 Mei 2019 Masa : 5.00 Petang - 10.00 Malam Tempat : Rumh Anak Yatim Dan Miskin Al- Munirah Peserta : 60 Orang |
Tujuan
Program Semarak Kasih Ramadhan ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan, petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa bersama mereka.
Aktiviti
Program ini telah dirasmikan oleh Pn Sharliza Bt Saary wakil MCMC Kedah dan turut di meriahkan oleh pihak MSD Region Wilayah Utara. Acara yang turut diadakan ialah sumbangan duit raya dan keperluan asas berupa barang makanan dan keperluan harian. Selain daripada itu, para petugas menyertai bacaan tahlih dan bersama-sama menunaikan solat terawih.
Tarikh : 14 Mei 2019 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan dashboard komuniti .Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat aduan di dalam dashboard komuniti dan cara untuk membuat myplace untuk memberi pendedahan tentang tempat menarik yang terdapat dikawasan pendang