Tarikh : 28 September 2019 Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Komuniti |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan komuniti serta mempromosikan Myhealth untuk komuniti supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet.
Aktiviti
Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan mengambil setiap keputusan pemeriksaan keatas komuniti untuk direkodkan supaya memudahkan komuniti untuk mengetahui keputusan pemeriksaan tersebut dan dapat menjaga tahap kesihatan mereka dengan lebih baik dan membuat aktiviti seperti zumba kanak-kanak,kolaj,teka silang kata ICT, Kahoot,Mewarna Online dan taklimat kesihatan dari Pihak Pejabat Kesihatan Pendang.
Tarikh : 21 September 2019 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat :Pendang Convention Center (PCC) Peserta :Komuniti |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturrahim di antara petugas PI, agensi kerajaan dan swasta serta komuniti setempat.
Aktiviti
Program kacau bubur asyura ini dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pendang, Pejabat Daerah & Tanah Pendang, Komuniti Harapan Malaysia,Puspanita Pendang dan Persatuan Penduduk Kampung Sukamari ( Kesuma). Program ini dianjurkan adalah untuk sepakat Komuniti Harapan Malaysia dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama petugas PI, agensi dan komuniti setempat sempena Sambutan Maal Hijrah 1441. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah kacau bubur asyura sebanyak 80 kawah, pertandingan bubur asyura terbaik dan pertandingan hiasan meja terbaik.
Tarikh : 11 September 2019 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tujuan kelas Microsoft Excell ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Excell bagi menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Excell dan menerangkan tentang perisian yang boleh digunakan dalam Microsoft Excell .Selain itu, pelajar juga diajar membuat tugasan mengikut format akaun yang diberikan oleh guru mereka.
Tarikh : 17 September 2019 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat :SK Sungai Tiang Peserta :Pelajar |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dan memberi semangat dalam menyambut hari kemerdekaan yang ke 62 tahun supaya pelajar dapat menghayati hari kemerdekaan dengan slogan sayangi malaysiaku,malaysia bersih.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti membuat kolaj,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.Selain itu juga Petugas juga membuat pemeriksaan kesihatan.
Tarikh : 4 September 2019 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan Tumbuh-tumbuhan.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan mencari Tumbuh-tumbuhan mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani tugasan pembentangan.