USAHAWAN MEMBUAT KEK, ROTI, PUDING, ACAR IKAN TALANG SERTA PEKASAM

 Nama : NORHAFIDAH BINTI NADZRI

Umur : 32 TAHUN 

Ahli : 2016

Latar belakang

Seorang usahawan wanita, Norhafidah Binti Nadzri membuktikan kebenaran pepatah melayu “dimana ada kemahuan di situ ada jalan”. Usahawan kretif yang berumur 32 tahun dan berasal dari Kg. Bukit Raya Dalam ini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir setahun menjalankan perusahaan menghasilkan produk makanan seperti kek, roti, puding, acar ikan talang dan pekasam. Kisah kejayaan ibu kepada lima orang anak ini bermula pada pertengahan tahun 2015 apabila dia berusaha mencari jalan untuk membantu menambah pendapatan suami di samping minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet  tentang Modul Keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet memudahkan beliau untuk mempelajari setiap menu baru yang menjadi sebutan ramai mengikut peredaran masa . Ini kerana, internet merupakan jalan mudah dan tepat untuk beliau mendapatkan resepi dan cara pembuatan sesuatu menu tanpa perlu bersusah payah mengikuti kelas masakan. Internet juga membantu beliau untuk memasarkan setiap produk atas jenama “Ieda Kitchen” yang beliau hasilkan dengan cepat dan luas melalui penggunaan rangkaian media sosial. Di samping itu, beliau dapat belajar selok-belok menguruskan perniagaan supaya lebih terancang dan sistematik. Kemunculan laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memudahkan proses pengiklanan kerana pelanggan boleh membuat tempahan melalui media sosial di atas tanpa perlu datang ke rumah beliau. Secara tidak langsung, masyarakat di luar sana tahu akan kewujudan produk “Ieda Kitchen” ini.

 

                                                                                                                                                                          

 

CELIK IT

 Nama : Nurin Izzaty Binti Ahmad

Umur : 12 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

 Adik Nurin Izzaty merupakan pelajar sekolah rendah tahun 6 dan bakal menduduki peperiksaan UPSR hujung tahun ini. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam yang merupakan sekolah luar bandar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman web pendidikan dan mengikuti tuisyen online. Beliau juga dapat bertukar-tukar soalan dengan rakan-rakan dari sekolah lain melalui emel yang diajar oleh Petugas PI. Pengetahuan tentang penggunaan aplikasi Whatsapp juga memudahkan beliau untuk bertanya soalan yang kurang difahami kepada guru sekolahnya.

 

1.USAHAWAN BARANGAN TERPAKAI (BUNDLE)

Nama : Muhamad Zarif Bin Rohan

Umur : 28 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Muhamad Zarif Rohan atau nama timang-timangannya ialah ‘zarip bundle’. Beliau merupakan lepasan universiti dan beliau menceburi bidang perniagaan ketika beliau sedang belajar. Selepas beliau tamat pengajian di university, beliau meneruskan perniagaan barangan terpakai sehinggalah kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mengendalikan perniagaan barangan terpakai menggunakan konsep Carboot Sale serta mengambil tempahan alter jeans melalui mulut-mulut penggemar bundle sekitar Alor Star atau Whatsapps sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai. Zarif telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 3-4 angka sebulan tanpa menggunakan sijil pengajian beliau. Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjual barangan ‘Bundle’ atau barangan terpakai yang berkualiti dan berjenama serta alter jeans. Beliau kini terkenal dengan barangan Bundle dan barang terpakai di serata negeri Kedah dengan nama ‘Aisy Bundle’.

 

2.USAHAWAN YANG MENJUAL PELBAGAI PRODUK YANG MENJADI LEADER SALES DAN MASTER STOKIS BAGI KOSMETIK KELUARAN MOLLY DOLLY ANTARANYA JUS ZAHRA DAN VITAMIN E FACE&NBSP.

Nama :Nor Hanisah Bt. Mohd Nazair

 Umur : 28 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Nor Hanisah Bt. Mohd Nazair atau nama timang-timangannya ialah ‘Nisa’. Beliau merupakan peniaga kecil-kecilan dengan menjadi ejen dropship kosmetik pada mulanya.Sebagai suri rumah, beliau bertekad untuk membantu suami beliau menyara kehidupan seharian mereka.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mengendalikan perniagaan produk kosmetik dan kesihatan menggunakan konsep Table Sale di tapak pasar Kemboja, Pekan Pendang. Perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet tentang Modul Keusahawanan ketika di sebuat event di Pasar Kemboja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Nisa telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 3-4 angka sebulan. Niat murni beliau untuk membantu suami dirahmati tuhan. Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook. Beliau didedahkan dengan aplikasi viva video untuk membuat video testimoni barangan kosmetik beliau.

 

3.CELIK IT

Nama: Muhammad Ismail Mokhtar

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Ismail merupakan lepasan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Pendang. Beliau ingin melanjutkan pelajaran di institut kemahiran tinggi tetapi menurutnya beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat. Oleh hal yang demikian, beliau ingin mempelajari asas komputer di Pusat Internet sebelum melangkah ke arah yang lebih jauh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, seperti memohon peluang pengajian secara online.

CELIK IT

 Nama: Muhammad Aiman Nizar

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

 Aiman merupakan lepasan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Pendang. Beliau ingin melanjutkan pelajaran di institute kemahiran tinggi tetapi menurutnya beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat. Oleh hal yang demikian, beliau ingin mempelajari asas komputer di Pusat Internet 1 Malaysia sebelum melangkah kea rah yang lebih jauh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, seperti memohon peluang pengajian secara online.

 

1.USAHAWAN PAKEJ PEGANTIN

 Nama : Rohana bt Abdul Hamid

Umur : 48 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Usahawan Rohana merupakan ibu kepada Usahawan Ernie yang menjalankan Perniagaan Butik Pengantin. Puan Rohana membantu anaknya iaitu Ernie dalam menjalankan perniaagan beliau. Sebelum ini, Puan Rohana merupakan seorang surirumah sepenuh masa tetapi setelah perniagaan anaknya makin dikenali ramai, beliau turut menjalankan perniagaan bersama anaknya seperti menjahit baju pengantin. membuat pelamin dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Rohana hanya membantu anaknya untuk menjahit pakaian pengantin, membeli barang keperluan butik dan sebagainya. Tetapi setelah Puan Rohana terlibat dengan Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau giat mempromosikan perniagaan mereka di laman sosial

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai

 

2.USAHAWAN BUTIK PENGANTIN, MENJAHIT BAJU PENGANTIN DAN MUA

Nama : Ernie Nur Shazliha Burhanuddin

Umur : 27 Tahun

Ahli : 2018

 

 

Latar belakang

Ernie merupakan seorang usahawan yang mempunyai butik pengantin sendiri. Beliau mengambil upah untuk hias pelamin, hias bilik tidur, hias meja makan serta menjadi juru andam. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara kecil kecilan di rumahnya. Apabila sudah mendapat perhatian ramai, lama kelamaan beliau sudah mampu untuk membuka sebuah butik di Pendang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet 1 Malaysia tentang Modul Keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau dapat mempromosikan produk di serata negeri. Pelanggan beliau juga didapati dari pelbagai pelusuk negeri