CELIK IT

 Nama:Mohd Irham Danish Bin                       Ahmad 

Umur : 10 Tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

Irham merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya. Beliau selalu datang ke PI untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, online tutor dan sebagainya.

                                                                                                                                                                      

1.Usahawan Produk Makanan Basah

Nama :Bariyyatul Bushro Bt Rahim

Ahli : 2019

Umur : 28 Tahun

 

Latar belakang

Puan Bushro merupakan seorang usahawan membuat makanan yang terkenal sebagai “Lasagna Menggelupoq”. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Untuk menambah pendapatan keluarga, beliau menceburi bidang perniagaan dengan menjual lasagna. Beliau menjual lasagna tersebut melalui mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering datang ke PI Bukit Raya Dalam untuk mencari maklumat berkaitan dengan perniagaan beliau. Petugas membantu beliau mengembangkan perniagaannya. Petugas mengajar beliau cara mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

 

2.Usahawan Muda Bidan Kampung

Nama : Nur Khalidah Bt Abdullah 

Umur : 28 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Khalidah merupakan seorang bidan kampung yang terlatih. 

penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, Puan Aida mengurut jiran-jirannya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan PI, tawaran beliau untuk mengurut ibu berpantang dan sebagainya lebih meluas. Beliau juga menerima tawaran untuk menjaga ibu berpantang di Kuala Lumpur setelah mempromosikan di Media Sosial dengan bantuan petugas PI

 

                                                                                                                                                                      

 

1.Usahawan Cikpia Beauty

Nama : Sufiah Bt Razak

Umur : 20 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Sufiah atau dikenali sebagai Cikpia merupakan seorang usahawan yang mengeluarkan produk berasakan kosmetik Cikpia Beauty.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, Sufiah menjual produknya di kawasan perumahan beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah memulakan perniagaan atas talian dan penghantaran. Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Wechat, dan Instagram.

 

2.Usahawan Dropship Kosmetik & Beg Tangan

Nama : Nur Alyani Hamimi Bt                     Ridzuan

Umur : 27 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Alyani Hamimi merupakan seorang Suri Rumah sepenuh masa. Beliau menambah pendapatannya dengan menjadi Dropship menjual kosmetik dan beg tangan

penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan kosmetik dan beg tangan beliau dalam scala yang kecil sahaja, melalui kawan-kawan. Pada permulaan perniagaan beliau tidak mempunyai pendapatan yang melebihi lima ratus ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, perniagaan beliau dapat mencecah ribu dalam masa sebulan. Beliau mempelajari cara mempromosikan stickernya melalui media sosial seperti Facebook, WhatssApp, Telegram, dan Instagram.

 

                                                                                                                                                                        

CELIK IT

 Nama: Muhd Hafiz Aqil Bin                       Saidin 

Umur : 15 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar belakang

Hafiz merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. Beliau selalu datang ke PI untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, online tutor dan sebagainya

 

                                                                                                                                                                      

 

CELIK IT

 Nama: Muhammad Asyroff Bin Saidi

Umur : 12 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Asyroff merupakan lepasan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh. Beliau selalu datang ke PI untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, online tutor dan sebagainya