Bazar Ramadhan ini terletak di tengah-tengah pekan Pendang iaitu berhadapan CIMB Bank. Bazar ini menyajikan lebih 100 menu enak untuk berbuka. Mula beroperasi pada hari pertama Ramdhan bermula jam 4.00 petang, bazar ini berjaya menarik lebih 1000 orang pengunjung setiap hari. Antara menu yang dijual disini termasuklah murtabak, ikan bakar, ayam golek, mee goreng, air tebu dan belbagai jenis lauk pauk dan kuih muih.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=5#sigFreeId53167a2d9d
Penduduk Pendang yang menggemari minuman kopi ala kafe kini tidak perlu bersusah payah ke bandar Alor Setar atau Sungai Petani kerana terdapat sebuah booth gerai yang menyediakan perkhidmatan minuman kopi seperti ini. Own Coffee Sukamari terletak di tengah-tengah Pekan Pendang lokasi berhadapan Restoren Pizza Hut.
Terdapat pelbagai perasa tambahan seperti Coppucino, Latte, Mocha dan lain-lain. Diusahakan oleh Encik Khairul, gerai ini beroperasi setiap hari bermula jam 1 hingga 6 petang. Own Coffee Sukamari juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke pejabat atau tempahan untuk majlis hari jadi atau perkahwinan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pemilik gerai di talian 019-5508383.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=5#sigFreeId410d351d76
Zam Nasi Ayam antara pilihan gerai makanan terbaik bagi penduduk Pendang yang berdekatan Mukim Bukit Raya. Terletak berdekatan Jalan Bukit Raya Dalam, gerai ini tidak pernah lekang dengan pengunjung yang amat menggemari nasi ayam. Ramuannya yang asli membuatkan Zam Nasi Ayam terkenal dan terus kekal lebih 15 tahun dihati pelanggan.
Untuk Tempahan
ZAM NASI AYAM
ALAMAT : 320 WP, Kg Bukit Raya Dalam, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman
No.Tel : 013-4915056
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=5#sigFreeIda88e9af7c5
Restoren Manbai Ikan Bakar menyediakan pelbagai menu masakan kampung dan lauk-pauk bakar yang enak dengan harga yang berpatutan. Terletak di Taman Gemilang 2,Kampong Pendang, Kedah (laluan antara tol Pendang dengan Pekan Pendang) Manbai Ikan Bakar pernah menjadi restoren pilihan bagi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 kerana kelainannya yang sentiasa menjadi bualan para penggemar masakan utara. Antara menu yang disediakan antaranya ikan bakar, daging bakar, ayam bakar serta pelbagai lagi. Selain itu, turut dihidangkan pelbagai masakan kampung utara seperti gulai batang pisang, asam pedas utara, masak lemak serta ulam-ulaman dan sambal belacan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak pengurusan restoren di talian 019-465 2424.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=5#sigFreeId1ddee98ee4
Sumber : https://www.facebook.com/Manbai-Ikan-Bakar
KUIH KARAS
Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=5#sigFreeIda4860325b2
RESEPI
Bahan-bahan
2 cawan gula/ikut manis sendiri
3 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaannya
Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati. Then panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.
Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.